Posts

Pengalaman Berpantang

Pengalaman berpantang
Hari ni hari ke 50. Yes. Berpantang selepas bersalin. Post kali ni nak share rutin harian semasa berpantang.
Okay, hari ke 2 bersalin saya discharged dari hospital. So hari ke3 baru start mengurut. Saya booking bidan melalui website yayasan pembangunan keluarga Terengganu. Ha, dorang ada beberapa list tukang urut. Kira pegi sane just booking package apa yg kita nak n daerah mane. Jadi dorang randomly tlg pilihkan tukang urut utk kita. 
So nice, saya dapat tukang urut yg bagus bernama Kak Yah, umur 59. 3 hari pertama mengurut + bertungku (rm350). 3 hari seterusnya bertungku sahaja (Rm200). Total 6 hari. 
Kak yah ada tinggal batu sungai, nanti hari penutup pantang iaitu hari ke5 dia akan ambil balik tungku tu. kira pinjam utk bertungku sendiri sepanjang berpantang ni. My mama ada dtg tlg tungkukan n jagakan semasa 10 hari pertama berpantang.
MAKANAN Sepanjang berpantang just mkanan ni je yg saya makan tiap2 hari. So mmg elak ikan berbisa, sayur menjalar sejuk dan buah ter…

Amalan semasa mengandung

Salam kasih sayang!

Ok post kali mengenai amalan semasa mengandung memandangkan ramai yang bertanya kpd saya apa tips tips dan amalan supaya mudah bersalin dan anak sihat walafiat. Ok saya akan share apa saya amalkan.

Untuk pengetahuan readers, saya pernah 2 kali keguguran jadi saya amat teliti dalam penjagaan kandungan kali ini. Sebelum disahkan pregnant saya diet turunkan berat badan sebanyak 4 kg. Acid folic mmg saya amalkan semasa kami merancang untuk hamil.

Buat pengetahuan readers juga, saya tidak mengamalkan apa apa supplement/jamu yg berlambak di pasaran skrg. Dr Marsita hanya sarankan saya amalkan makanan sunnah, banyak makan sayur dan kurangkan fast food.

1st Trimester
1. Amal surah yusuf, lukman
2. Acid folic, duphaston (kuat rahim)
3. Proscal (minyak ikan)
4. Provas (kalsium)
5. Jus delima
6. Madu
7. Susu kambing
8. Kurma


2nd trimester
1. Khatam alquran
2. Acid folic, kalsium,
3. Jus delima
4. Madu
5. Kurma
6. Susu kambing
7. Saffron (utk kulit baby cantik)

3rd Trimester

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Assalamualaikum.
Dah lama tak menulis ni. Sekarang baru ada mood nak menulis.

Alhamdulillah saya sudah selamat bersalin dan kini dah 10 hari berpantang. Oleh itu, saya nak share sedikit detik detik nak dekat bersalin.

Sebelum ni, saya mmg kerap sakit perut sbb angin. Kembung perut. Ya Allah mmg tak selesa. Selain tu masuk 8month kandungan ni, tulang pelvis pulak agak sakit sbb kepala baby dah turun kebawah. Mmg time tidur nak pusing kiri kanan n turun naik katil tu mmg dugaan sgt. Setiap malam mengadu dekat hubby sakit.

Alkisah 1 april 2017 3am
Saya time ni tersedar time tidur sebab perut rasa tak selesa. Tapi tak ada la sakit sangat. Asyik rasa macam nak buang air besar je. So ulang alik pegi tandas. Pukul 5 am mcm tu kejut hubby cakap rasa lain macam, mcm contraction. Dah start guna apps kira frequent sakit tu. Tp diri sendiri pun tak pasti samada contraction atau sakit pelvis, perut kembung atau nak buang air besar haha. Ikutkan due date 11 April. Air ketuban, lendir atau darah pun…

3rd Trimeter

Hari ni 29 weeks baby menendang-nendang dalam perut dengan jayanya.
Kalau sebelum ni saya selalu check-up baby kat Klinik Pakar Medina sbb nak Dr Marsita jaga baby punya development dan kuatkan rahim. Maklumlah, 4 month and below ni kandungan amat fragile, tambah-tambah saya yang pernah dua kali keguguran dah.
After 4 month ni, dah start check-up dengan Hospital Salam Specialist Terengganu sbb baby dah nampak ok. Dr Ju kata baby sangat aktif, sampai nak scan pun susah. hehe. Macam dah boleh agak jantina apa kan?

sKrg, kondisi kesihatan alhamdulillah baik. Kalau 1st trimester dulu, memilih soal makan akibat perubahan hormon. Skrg pula penat sebab perut semakin membesar. seriously, masuk 7 bulan ni cepat betul baby membesar. Dan mula rasa pergerakan yang jelas dari lapisan luar perut. hehe.

Ok,ceritanya kondisi skrg:
1. Malam susah nak tidur,sebab tak selesa. pusing kanan tak kena, pusing kiri pun sama.
2. Kencing sangat la kerap, asyik terasa nak kencing je.
3. Duduk pula takboleh lama n…

Makanan feberet 1st trimester

Kali ni nak buat coretan detik detik 1st trimester

Alahan pregnant tu ada cuma just cepat penat dan selalu baring.
Muntah pula ada juga sikit2 dan tidak berlarutan muntah stiap kali masuk makanan pe smua tu.
Cuma byk ke arah  tak ada selera.
Makanan sangat memilih.. Susah nak kena dgn tekak.
Kalau rasa tak boleh go on, terus tak makan. Tak mau paksa paksa.

Setakat ni yg berselera nak makan:
Ayam pedas (ayam masak merah) letak daun limau purut
Tomyam seafood (tak kisah bihun, kuetiaw or nasi)
Spaghetti seafood (secret recipe punya) haha
Laksam
Laksa (memilih2 yg sedap je) dekat taman melati
Kuetiaw goreng basah
Ikan bakar kunyit+lada hitam
Apa2 sayur hijau smua makan je,

Skrg yg kurang boleh telan;
Telur
Kicap
Kuah yg bersantan (gulai kari)
Nasi dagang
Nasi lemak (boleh kalau tukar nasi putih biasa)
Nasi yg berperisa/warnawani (kcuali nasi kerabu)
Chicken butter with lemon (yg ni mmg xleh telan)
Bihun sup
Nasi ayam

Makanan makanan lain, belum cuba lagi.
Tapi nak mudah, nasi kosong, ika…

Habit pelik

Pregnant kali ni.. Yes ada pening-pening dan loya. Ada muntah juga.. Tapi tak la teruk sangat..
Mengidam agak dasyat juga, Hari tu nak makan nasi sambal belacan, Pegi la cari nasi campur dekat Taman Setia Gombak tu. Esoknya pula nak makan nasi kerabu.. Sanggup pegi breakfast dekat Au5 haha.. Then, nasi tak lalu dah.. Makan sikit aje..
Sekarang asyik mengidam nak laksa penang dan tomyam.. Tomyam pulak nak yg secret recipe punya tu.. Allah.. Tp dah dapat sekali, tak nak dah..
Cumanya, pemalas tahap tinggi level nya. Berdiri lama, pening. Naik kereta, loya. Angkat berat sakit ari2. Jadi banyak bed rest.. Huhu
Kali ni, malas nak fikir orang sangat.. Biarla orang kata pemalas ke, mengada2 ke,  Yang penting, kali ni betul2 kena jaga kandungan ni.. Mmg bedrest je byk.
Hish baby ni boy ke girl ni, semacam je buat mommy ni.. Hehehe Btw, Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ni..

4th baby

Salam.
Kali ni nak share my pregnancy..
Alhamdulillah, 23rd August lepas dah dapat dengar heartbeat mybaby.
Allah..Allah.. Teramat la excited. Rasa terharu pun ada saat degupan jantung yg sgt baik.
So kalau ikutkan hari ni genapla 8minggu..
Berkat doa dan jagaan nasihat dari Dr Marsita Pakar Medina, moga kandungan ini membesar dengan sihat nya. InshaAllah..

Ok, kalau nak kira ni anak yang ke 4 la.. Hehe.
Tapi sayangnya, yang sebelum ni gugur.. Its okay, baby kali ni kuat ok!