Exam oh Ujian oh Peperiksaan oh Imtihan





Dikala Musim peperiksaan ni,
bermacam perasaan dan masalah dtg menjenguk kpd kita..
yg tak study awal2 mulalah menggelabah MENGGELUPOR..hehe
Skrg adalah musim ujian Final bg student Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Anis pulak dah esok exam nye.. 17hb n 21hb..
Final pulak tu..
Sempat pulak blogging ek..hehe
Biase la anis kan :-p


mcm2 gaya kan org yang nak exam kan?
ada yang study santai2 jer..
ada pula yg study tekun sgt2..
smpai xtido malam.. ish3..
Ade pula yang langsung xstudy..
Mase kecik2 dulu xstudy pun nak exam :p

Alarm
Kdg2 kita sanggup kunci jam pukul 3 or 4 pagi semata-mata utk belajar..
bgn jer tido.. urus diri dan terus mengadap buku.. Bagusnya kita kan..
tapi, alangkah lebih elok kita ambik wuduk dan sekurang2nya solat dua rakaat..
kalau rajin, solat tahajud, hajat, taubat dan witir sekali.. lebih afdhal..
lepas itu study la.. mungkin lebih berhasil dan dgn kuasa Allah, 
mungkin ape yang kita study time tu berkualiti..
Ingat, setiap ape yang kita lakukan
mesti lah dgn niat yang betol dan kembali kpd NYA :)

Berkat
Byk Anis senario student skrg..
Percubaan dpat byk A tapi, bila exam yg betol2 xsperti yg dijangkakan.
sungguh sayang sekali..
Ada pula dalam kalangan kita pernah rase tidak adil..
terasa diri penat dan pulun habis untuk exam..
tapi kawan yang santai2 jer belajar dapat lebih elok result..

Muhasabah sejenak..
Apakah teknik belajar kita betul? 
adakah sambil belajr kita buat perkara lain yg membuat kita tak focus study 
dan membuatkan mase study kita itu tidak berkualiti..

Macam mane hubungan kita dgn Allah ?
Adakah kita solat tak khusyuk.mcam ayam mematuk makanan :-p
adakah kita kurang berdoa? 
Saudaraku, kalau hendak berjaya kita hendaklah menjaga hubungan dengan Allah..
Jaga Solat bermaksud solat di awal waktu dgn penuh tamakninah (tertib)

Macam mane Hubungan dgn Ibubapa?
Kalau sudah cukup soleh/solehah.. Alhamdulillah.. bagus
tp, seelok nya selalu lah kita memohon ampun maaf drpd parents kita.
sekira ade sedikit luka dihati mereka mungkin segera dihapuskan..
maka berkatlah hidup kita dan tenang menghadapi peperiksaan :)


Hubungan dgn Masyarakat?
Ha..Ini pula termasuk dalam hubungan kita dgn kawan2, jiran2, 
kawan sebelah bilik, lecturer/guru, makcik jual kat cafe, mak cik cleaner n masyarakat sekeliling :)
Jgn bergaduh dgn org, sakiti hati org lain.. segera lah meminta maaf..
bukan time exam jer baru minta maaf tp sentiasa lah meminta maaf..
walau kawan sebilik yang rapat pun,mungkin ade sedikit rase terguris dihati nya..

Amalan Sunat
Puasa sunat = isnin,khamis
Solat hajat = selepas maghrib biasanya
Solat witir = selepas isyak
Qiamullail = bgn malam pukul 3 0r 4 pg..
Sunat Dhuha = 8pagi - sblm masuk waktu zohor
Doa = setiap kali selepas solat.. jgn pentingkan diri sendiri, doakan sahabat2 kita juga.
InsyaAllah sama2 berjaya dan tiada yang berduka di hari keluarnya keputusan nanti. 
Makanan = makan makanan yg baik. Air susu + makanan mengandungi ikan tidak elok utk kesihatan.
Makthurat = dibaca setiap pg dan petang


Anis kongsikan doa 


- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku









Mohon maaf dari Anisdina dan Selamat Menghadapi Peperiksaan :D





Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012