Pengurusan Masa تنظيم الوقت

                                   

Jadual telah siap disusun.. Rutin harian yg akan disempurnakan dalam cuti sem ini. Perancangan, penyusunan, dan persediaan amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Jadual tersebut merangkumi pelbagai aspek dan hal termasuklah :-
  • Ibadat (perbaiki diri ke arah yg lebih baik)
  • Murojaah --> kuasai balik bahasa arab setelah ditinggalkan.
  • Bertaaruf -->berkenal2 dgn subjek sem depan
  • Tambah Ilmu -->byk membace
  • Persediaan utk Debate pd April nanti
  • Berbakti kpd parent
  • Bantu adik dalam pelajaran
  • Ziarah -->ziarah saudara2,ahli kerabat dan sekolah tercinta
  • Diet -->emm..hehe.. yer ker? bukan diet tapi jaga makan jer maklumlah cuti lama kan
  • Jaga Khotibi ^_^
Penjagaan masa amat penting sekali. pepatah Arab pernah berkata ''Al waktu kassaifu, iza lam taqto' qoto'aka'' bermaksud Masa seperti pedang.. jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu. Sesungguhnya masa tidak menunggu kita dan kitalah yang harus mengejarnya. Buatlah perancangan awal dahulu dalam membuat sesuatu perkara. Tak kisah la perancangan menuntut ilmu, bajet perbelanjaan, perkahwinan, urusan rumah tangga, teknik menghandle anak, pekerjaan, pencen, bekalan untuk ke akhirat dan banyak lagi.  Perancangan akan membuktikan seseorang itu menitik berat akan masa hadapan yang teratur, dapat menghadapi segala kemungkinan dan sempurna. Spend our time wisely , Be the smart khalifah in this world and get blessing from Allah.. Aamiin..~


Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)