Kenangan Terindah

Salam Muhibbah Semua !
Entry kali ini nak kongsi sikit pasal kenangan indah yg telah tercipta dlam sminggu dua ni . Nak menunggu mood utk update blog xdtg2 ,
 tp hari ini selepas dgr lagu dari blog my kezen Faiz terasa mud nk tlis blog dtg . hehe . Mgkin perasaan rindu detik2 sebelum bermulanya 
Debat Piala Dekan 2011 semakin membuak2. 

Ahad 17 April 2011
 Anis telah selamat tiba di UIA Petaling Jaya. 
Ada perjumpaan untuk semua pendebat2 dan committees katanya.
 Perjumpaan tu diadakan di lecture Hall A jam 2petang. 
Ada sedikit taklimat pasal debat dan ade juga demo debat dari ahli kelab debat . 
Mmg dorang semua yg buat demo tu power lah dan banyak pengalaman. Terkedu sekejap tgk dorang dan perasaan cuak mula dtg . Haish, ni yang buat kite tak suka ni .

 Pd petang tu juga anis kenal kenalan dgn team anis Isha dan Liyana . 
Dorang pun baru juga n xada pengalaman berdebat ni tp dorang dah banyak kali training . Org yg byk training ni lain la daripada org yg dah lame tggal areana debat dan berkarat tanpa berlatih ni . Mcam budak baru belajar balik la. Actually, ingatkan 1team dgn Masyitah dan Faqiah tp sebaliknya pula . Dorang dah kira power juga dalam debat ni n mmg dorang ahli Kelab debat pn . Tp xksah la 1 team dgn sape pun , same2 belajar juga nanti . 
InsyaAllah , Tuhan tlong. :)

Anis dpat mahallah ZC 311B pd mulaanya tp Mcm xada org jer area tu so, 
dgn takdir Allah berjumpa dgn si Adik yg baek hati Syamimi pelawa duk bilik dia 
. Dia dan 2org lg kawan dia Umi dan Aisyah dtg utk Muet jer. 
Keesokan harinya dorang dah nak balik dah so, bilik tu bertukar ke tgn Anis la kiranya . Dorang 3 org semua org terengganu. Amat baek sekali . Suke la dgn dorang, walau baru kenal tp Anis leh masuk la dgn dorang tu. Byk citer pulakk tu .hehe.

Then xlama lepas tu, lepas dorang balik ade dua org nak tmpang blik anis kt 311A ni . Syamira dan Wani . Dorang pula dua2 org kedah.hehe. 
dapat kawan baru semua jenis berloghat pulak dah. tp seronok la gak. tgk movie same2 jugak dgn dorang . ke5 lima kwan baru ni semua dak cos sc . 
Bijak2 n Baik :) TQ.

Isnin 18April , 8.00 PM.
Pada malam tu ada training, agak cuak la jugak .
 ( asyik cuakk je, word yg xmmbina lgsung kan?) . 
tp ye la, mula la duk pikir entah ape la nak buat malam ni.
 dah la tak tau pape. Anis hadir agak tepat pukul  8 malam tu tp, hanya ada sorang laki n sorang pmpuan dalam seminar room time tu . sis Ezzah dan bro Izzat. 
Kira2 nak dekat pukul 9 mula la ramai dtg . Anis dan fahmi jer kira org baru dtg training malam tu. so, kena berkenalan la . Cakap name, cos ape smua la. Serius, mula2 Anis ingatkan abg izzat tu student uia pj juga tp uia Gombak rupenya . 
dah la dpat malu malam 1st,pegi ckap 'pserta debat BM' .
 ayyokk, mmg la kat situ semua debat bm . ^^.

Selepas taklimat dari abg izzat tu, kami dipecah2kan ikut team . 
nak training . Alamakk!! 
Anis 1team training dgn Fizah (Law) dan Akmal Aizat (Engin) . 
Fizah ni mmg gelabah jer die , anis pula jd makin gelabah bila tgk dia .haha. Akmal Aizat pulak cool . MAntap betol . Akmal Aizat la ajar kitorang sedikit sebanyak pd malam tu .
 kami jd pembangkang . lawan team Firdaus (Engin) , Hazirah (LAw) dan Fahmi (nursing) . Akmal Aizat jd ketua pembangkang, Fizah Timbalan dan Anis pula pembidas . 
Tiba giliran Fizah, mmg tergagap2 la dia, mcam2 aksi neves yg dia buat, kelakar  je dia . maklumla, mula2 mmg mcm tu  . Gliran Anis pula mula2 kata2 aluan ok jer,,tiba start hujah jd blank..aisehh . Lama juga terdiam . Akmal Aizat pulak penat duk bantu . xtaw nape jd mcm tu malam tu.hu3. buat malu jer. tp tgh2 start ok dah . 
 Cuma abg Izzat kate kena cukup confident lg n kelancaran itu diperlukan .

Malam seterusnya pula training lagi , KAli ni jd team kerajaan pula .
 dapat ahli team dgn Ikhwan , Syafiqah dan Hanim sekali . 
lawan dgn team pembangkang iaitu AKmal aizat, Hajar, Isha dan Nazrin . 
Kali ni kak fauziah dan kak turtle dari uia kuantan yg jd juri kami . 
Anis dah mula confident dah sikit cuma kelancaran itu perlu .
 ok la :) Sukeee...

Anis sempat 2kali jer training dan mmg pengalaman yg ckup memberi semngat kpd anis. 
tgk org yg hebat2 pun dah bg semangat. tabik spring lah kat dorang tu . hehe. 

Apapun, team Aed (IDEA) iaitu team anis sendiri byk kali juga buat training kat library dan sebagainya. kitorang berlatih betul mcm debat . Zainoor reserved kami tp dia hebat .

Berlatih sorang2 n memekik kat surau ZC level3 sampai serak tekak , best jugak :p

Jumaat 22 April 
malam tu kami semua pendebat dapat 10 Usul taw .
ada usul yg agak mencabar dan ade juga yg agak santai .
 tp sah malam tu tido lewat coz nk buat preparation utk debat esk. 
nk cover semua usul lg. haishh . Agak tension di situ . 
Anis ni pulak bukan jenis otak cepat pick up, 
klau tak bace, mmg xley cakap pape la keesokan harinya .
 Malam tu kitorang Zainoor, Isya n liyana stay kt seminar room 
sampai pukul12 tgh malam bincang sal usul dan bahagikan tugas . 
pastu kitorang pun balik bilik masing2 .

Anis cari pulak pilih usul ni tuk diselongkar :
1. Perancangan Makanan Sihat
2. Buku JinggA hanya Omong kosong.
3. Pilihanraya kecil perlu dimansuhkan.
mmg tido kol4.30 pg la gak nak selongkar sal benda tu .

Sabtu 23 April 
 pas subuh terasa nak cari sikit sal usul AF9 Terakhir .
 Selidik la sikit2 sal Akademi Fantasia ni .
pastu 8.30 get ready la nak debat dan pembahagian usul yg nak bertanding . 
Alhamdulillah pd 1st round dapat usul ''AF9 Terakhir,Sedihnya' . 
nasib baik selongkar juga pagi td . haha. Lawan dgn team IDEA 1. 
tp Idea 1 Menang .

2nd Round :
''1Malaysia :jenama yg menguntungkan ''. Lawan dgn team Law (MElex) . 
KAmi menang . 

3rd round : 
''Buku Jingga hanya Omong kosong ''. Lawan dgn team Medcy 3 . Dorang Menang . 

4th round :
''Emas Olimpik ,berangan jer lebih'' . Lawan dgn Melex 4 . Kami menang . 

24April:
 Lepas habis round ke4 terasa lega sikit . 
kami mmg berharap dapat masuk suku akhir pun dah cukup power dah
 tp dgn kemenangan yg agak sedikit kami rase xlayak kot nak ke suku akhir .
 mmg santai la pas round ke 4 ingt dah xkena lawan dah. 
pengumuman samaada dapat ke suku akhir ke x diumumkan di AMF Hall . 
Alhamdulillah, team kami berjaya masuk suku akhir juga .
 Mmg xsangka betul la..huhu . 
Tp , agak cuak la gak coz kena lawan dgn Medcy 1 .yg pwer sgt2 lak tu . 
dapat usul lak ''Pemberontakan timur tengah , Barat yg untung ' 
n tambah2 lg kami jd pembangkang .huh .mmg nampak dah sinar2 kegagalan . haha. 
mmg tawakkal dah time tu n terasa penat sgt dah... tp lawan jugakk . Hehe.
Seperti yg kami jgka mmg kami kalah . 

25 April
Medcy vs Enginius . dua team ni dapat ke final .Hebat betul la. 
Team Medcy : Liyana Syafiqah, Syafiqah , n Hairul Fahmi.
Team Enginius: Firdaus Johari , Muiz , Akmal Aizat n reserved dorang SAlawani.

Tp syg Enginius dikalahkan medcy jugak dgn usul yg mereka dapat adalah Mahasiswa wajar dibenarkan berpolitik. Hebat betul. . btw, Congrates buat kedua dua team kebanggaan ini .

Mmg Agak sukar dilupakan sepanjang 10hari di UIA PJ 
kerana terlibat dgn dean's cup debating ini . 
Banyak mengembalikan semangat dan keyakinan baru kpd anis .
 Yang paling penting sikap ingin tahu dan  rajin membaca mula menguasai diri ini .
Cintakan Ilmu , CAri Keadilan, Kebenaran :)

Thanks byk2 kat Team anis iaitu:
-Siti Khairunnisa (isya)
- Liyana Bakeri
- Zainoor Zulkefly
Ssngguhnya detik cemas, berdebar, cuak dan semangat
 bersama korang amat tak dapat dilupakan .
Terima KAsih . 
Walau korang baru menceburi bidang debat ini tp 
korang dah leh bawa team kita sampai ke suku akhir . 
Tahniah! Semoga jumpa lg di laen waktu .


Kpd Wan nurhazwani ,
Terima Kasih juga krana sudi membantu cari info2 :)
dan juga dak2 bilik 011 ,tido lewat korang malam tu kan . hehe .
Syukran Jazilan semua.


Sedikit Photos kenangan sepanjang Debat Piala Dekat 

DAri Kiri: Anis, Isya, Liyana dan Zainoor


Team Melex vs Enginius


Anis bersama dgn KAk Fauziah , Kak turtle dari uia kuantan dan  pendebat arab terbaik.

Berdiri tu Anis team IDEAM dan hayatul wirdah dari team MELEx.
yg duduk pula salawani dari team Enginius.

TV Alhijrah dtg buat liputan

IDEA 2 vs IDEA 1


Senyuman Kejayaan Seterusnya :)

p/s: pesanan buat pembaca , jom sama2 sertai kelab debat . 
Banyak kebaikan yg akan korang dapat dan
 korang pasti akan menyukai n menggilai arena ini . 
Kenalan baru pun dapat . kenalan yg hebat2 pulak tu. chewahh :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012