Jom start dari awal same2 ??

Salam Semangat baru semua :)


Em..mesti tertanya tanya kan start ape dari awal tu ?
 Start sekolah ? start mengaji ker?
 or start sem baru kah ? hehe. 


 Ha.. entry kali ini sebenarnya berkisah tentang 
membina keluarga sa'idah sakinah dan 
tanggungjawab kita semua terhadap anak-anak.
 Mahu tak membina keluarga sebegitu? 
Mesti mahu kan? sO, apa lg? 
jom kita baca apakah cara-cara nya. 


Tanggungjawab::Responsibility:: المسؤولية


1. Mencari pasangan yg Soleh Solehah.

Untuk membina usrah sakinah dan zuriat yg solehah, sejak awal2 lagi kita kena pilih pasangan yg solehah. Kalau yg laki kena cari perempuan yg mempunyai ciri2 wanita solehah dgn tidak melanggar apa yang Allah larang, watak keibuan dan pandai mengurus rumah tangga. Yg perempuan pula cari yg  lelaki soleh yg boleh didik kita ke arah lebih baik (sekurang2nya leh wat imam solat), pandai mengurus perihal keluarga, Pandai cari nafkah, dan sebagainya. Zaman skrg, remaja sudah tidak memilih. Pergi je pantai or shopping complex  then jumpa yg lawa2 dan seksi terus berkenalan dan kawen. Tgk niat dan tempat pertemuan pun dah tak baik, mcm mane nak mencipta keluarga yg sakinah? . Emm.. yg berkenalan di alam siber macam kat Myspace, Friendster dan Facebook tu macam mana pula ? Mesti ramai je sebegitu kan? atas dasar apakah pd mulanya kamu sukakan pasangan kita itu? Ada org jumpa jodoh di library, ade juga di tempat belajar,di masjid,dan  ada juga jumpa di majlis or program2 ilmu. Sungguh  bagus kan? Semua org nak pasangan yang baik2 kan, tapi utk itu, kita sendiri dulu perlu perbaiki diri ke arah baik baru la dapat yg baik juga kan. 


  • Solat 5 Waktu kena jaga
  • Buat baik selalu dan buat jahat jgn sekali
  • Berbuat baik kpd Parents
  • Buat amalan sunat
  • Berkawan dgn org yg baik
  • Sentiasa mghadiri majlis2 atau tempat2 agama. 
  • Sentiasa berakhlak mulia dan menjaga tutur kata
  • sentiasa berdoa utk jodoh yg soleh.
Cari baka yg elok juga perlu, baka putih ke, baka tinggi ke, baka bijak ke, baka kaya ke dan sbgainya. Ada org amat menitik berat soal baka dan keturunan manakala ade juga yg tidak kisah langsung. Kalau pasangan ada keturunan kencing manis, ade kmngkinan besar anak2 kita juga akan mengidap penyakit kencing manis kalau tidak dijaga. 



Apepun, Perbetulkan niat dan pilihlah yg beragama InsyaAllah selamat. 


2. Memberi nama yg elok kpd anak.
Zaman skrg bermacam2 nama pelik timbulkan? kdg2 langsung tak ada makna kan. Ikut sedap jer letak nama anak. Ada juga bunyi mcam sedap tapi makna pula tak baik. contoh nya Syarrul Bariyyah. ape maknanya tu? ha..maknaya 'Seburuk2 ciptaan'. Zaaniah = Penzina. Syarrul Aida pula bermaksud tgn2 yg jahat . Oleh itu, kena hati2 dalam memberi nama kpd anak2 kita. Nama itu adalah doa.. hari2 org akan panggil nama itu. kalau buruk nama itu maka buruk lah jadinya. Mendapat nama yg baik adalah hak anak-anak. Letak la nama-nama nabi atau nama yg bermaksud baik seperti Yusuf, Ismail, Fatimah, 'Aisyah, Adhwa', semua nya bermaksud baik. Anis=teman Setia,teman baik. Dina=agama . kan cantik tu nama 'Teman Setia Agama Kita'. hehe. 

3. Memberi didikan agama
Suami memberi didikan agama kpd isteri dan anak2. Isteri pula membantu suami mendidik anak. Dari kecil lg anak diterapkan dgn kasih sayang dan nilai2 murni. Anak didedahkan dgn cara solat yg betul, Puasa, dan ajar anak mengaji alQuran . Si bapa perlu mengajak anak2 ke masjid bersama-sama. Solat berjemaah dan makan berjemaah sekeluarga juga pelu dihidupkan baru la timbul ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga. Ibubapa juga hendaklah menunjukkan teladan yang baik kpd anak2. Menjadi teman, pendengar dan penasihat anak2. Ibubapa lah pemimpin, guru, doktor, Jururawat, Polis,pakar kauseling, dan sbgainya kepada anak2. Hebatkan ibu bapa? So, praktik dari skrg . Waahh, xsabar rasanya :) . Ingat walau sehebat dan sebijak mane pun anak kita, kalau tidak diberi didikan agama dan Quran dalam dada , tak akan ke mana juga Malah tidak larat pun nak membawa diri. Ramai org yg berjawatan tinggi terlibat dalam rasuah, sogokan, pecah amanah, riba, tidak adil dan sebagainya. Ini kerana ilmu yg mereka ada tidak seimbang. Jika Kita beri ilmu Fizik kpd anak2 harus juga diberi ilmu tauhid kpd anak2. Jika diberi ilmu Geografi atau sains maka harus ada juga ilmu tasawuf dalam dada anak2. Cantik sekali kan? InsyaAllah, sama2 melahirkan anak2 yg seimbang input dan output yg baik.

4. Membentuk akhlak yg Mulia. 
Ibubapa ibarat pelentur anak-anak. Ibubapa harus bijak menghandle akhlak anak-anak. Apabila anak nakal,mcam mane hendak menyelesaikannya? Apabila anak melakukan kesalahan bgaimana kita memberi hukumannya dan memberi pengajaran kpdnya ? Jgn sesekali jadi ibubapa yg tegas dan berdisiplin tapi anak2 memberotak. Bahaya juga. Seperti yg dikatakan td ibubapa perlu bijak menjadi pakar kaunseling anak-anak. Dalam melarang kita mempamerkan kebaikan,keburukan dan kaedah lain sbgai ganti agar anak-anak faham. Tunjukkan kita seolah2 memahami anak kita dgn selalu mengatakan ''Papa faham... (prsaan kehendak anak).....,tapi..(keburukan)...., nanti papa tolong...(kaedah menyejukkan hati anak)...'' . Parent la perlu banyak mengetahui ilmu psikologi manusia terutama teknik mnghandle anak-anak. Sesame praktikkan ya.

5. Memberi nafkah.
Dari segi nafkah suami adalah kepala keluarga dan harus menunaikan tanggungjawab utama itu. selalu alert dgn keperluan isteri dan anak termasuklah tempat tinggal, makanan dan pakaian seisi keluarga. Isteri pula harus menjadi pentadbir kewangan yang baik. Jangan terlalu boros dan sentiasa buat list kalau hendak memberi apa2 keperluan. Mengajar anak berjimat cermat dan erti utk mendapatkan wang yg halal itu memerlukan usaha. Anak-anak akan faham dan mula menghargai setiap pemberian ibubapa.

6. Berdoakan
Kita hendaklah selalu mendoakan keluarga kita dan mengajar anak2 turut sama berdoa. Mengajar anak2 konsep berdoa itu penting dalam setiap perkara. Sebab itu solat berjemaah itu penting kerana sama2 mengamin doa yg dibaca oleh parent itu sendiri. 


Doa Keluarga Sakinah:


“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
 (QS 25:74). 



Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)