SyOkk Sendiri itu perlukah?

Salam Sihat fizikal dan Rohani semua .

Entry kali ini ber title 'Syok Sendiri ' . Apa itu syok? 
Syok : mengikut Kamus Dewan Edisi Kedua bermaksud
 'amat tertarik hati atau sgt memuaskan hati'. 

Jadi, 'Syok sendiri' ialah diri sendiri berasa amat berpuas hati terhadap sesuatu perkara dan beranggapan orang lain pun turut berpuas hati juga. Begitu lah . Selesai pendefinisian. 

Istilah syok sendiri ni boleh diaplikasikan dalam pelbagai hal samada dari segi Pangkat, Kecantikan, dan Kebolehan. Percintaan ?? hehe. 
Mungkin ada byk lagi tapi disini ingin beri contoh yg mudah dan jelas kpd kita ni.

Pertamanya,kalau bercakap pasal pangkat or kuasa ni sehari pun tak cukup kan. 
Ade org jadi Menteri, ade orang jd Boss, 
ade pula jd Ketua, Pengerusi, 
dan Ketua Kelas pun boleh lah asalkan jawatan tertinggi dalam kalangan yg rendah  atau dalam ssuatu organisasi la kan . Bila org yg jd Boss ni mesti hebat dan berkebolehan kan . 
Seseorang mungkin dihormati kerana keadilannya dan seseorang juga mungkin dihormati kerana kekuatannya atau kelebihannya. Kelebihan itu termasuklah kecantikan ke, kekayaan ke, Kebijaksanaan atau kegagahannya. 
Yg paling cantik dijadikan ketua kelas, 
yg paling kaya dilantik jadi menteri , 
yg pling bijak jadi perdana menteri 
atau yg paling gagah dijadikan ketua pengganas?? 

disebalik punyai pangkat yg tinggi tu sikap syok sendiri mula mnguasai. 
Disangkakan semua org sukakan dia, 
setuju dgn dia dan sebagainya . 
Tahu tak mungkin ade segelintir yg 
tidak berpuas hati dgn penguasaan kita itu? 
Mungkin ada sikap kita tu membuat orang tidak suka?
 Sbb itulah nak jadi ketua ni kena tunjuk contoh yang baik.
 Jadi Ayah pun ketua juga kan? 
so, kena tunjuk contoh yg baik kpd anak2 dan isteri. 
Ni tidak ade yg maki hamun dan
 mengeluarkan kata2 kesat lg. 
Boss pula garang sangat ,
Ketua Kelab/persatuan pergi disko? haihh..  
Pemimpin pula kurang adil dan sbgainya .
Lepas tu, bila ada yg mmberontak mula lah terpinga2 
dan fikir untuk menentang kembali kan. 
Ketua pula melarang itu dan ini,tapi sendiri buat.. 
mcm mana tu? mane la org lain nak respek kan.
Mgkin pernah diri ini sbgitu......TT__TT . dalam Tak sedar,
sudah lama org bawah memerhatikan tindak tanduk ketua itu .
Maklumlah, selama ini syOk sendiri...
Syok yg
 ''aku la ketua yg paling bagus, 
ramai org sukakan aku..
 tgk, bila berselisih dgn org je 
org tunduk akan tunduk hormat dan senyum, 
wahh aku lah yang paling hebat dan 
paling layak pegang jawatan ini'
Dah la Syok sendiri, riak pulak tu..
Nauzubillah..

Dalam Kecantikan pula, hemm...
Perempuan la seiring dgn kecantikan kan? setuju?
Perempuan ni semua cantik, 
makhluk Allah semua kan? 
Manusia lagi tu, Sebaik2 ciptaanNYA.
Setiap Org ade aura kecantikannya sendiri . 
Walau kulitnya hitam ,
tapi sedap juga mata memandang.
Walau Putih tapi..
 kelat mata memandang ada juga kan . 
org kata..
"Kecantikan itu dimata yg melihat''
Ada org kata hidung mancung tu lawa, 
ada pula kata sebaliknya. :)
Ada pula makhluk yg bernama perempuan ini
 nak lebih cantik so, 
macam2 dia sadurkan wajahnya.
Dengan make up berlebihan seperti memakai
pemerah pipi, eye shadow la,
 colouring lipstick n mcam2. 
Pdhal tanpa make up dah lawa 
tp bila make up jadi makin buruk,
 TAKOT nak melihatnya .


Pakai tudung pulak ikut trend la katakan, 
sengaja buat sanggul besar2 dan tggi2..
Mcam bonggol unta..


"Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul  mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah) " Hadith - Sahih Muslim, 6840, Narrated Abu Hurayrah.

Sekali lg sy katakan, Maklumlah..Syok sendiri..
''Wahh,semua orang pandang aku..
mamat hensem pun jeling2 kat aku dah tu,
cantik sgt agaknya aku..
aduh,ala arab gitu ha..haha..
alahai,seronoknya''
Pdhal, org tgk tu tak sangka 
yg ade juga yg tak tahu malu pakai sebegitu.
Mmg nak tarik perhatian lah. 
Apepun, seeloknya pakailah ape yang 
betul2 disyariatkan oleh Islam.
Nak bergaya pun Yang penting tutup aurat,
 xjrang dan lepas paras dada tu. 
Baru la ade Claz dan aura tersendiri gitu..hehe.

Laki Pun ade?? Aihh, nape xade nye..
yg rambut trpacak2, seluar londeh, belt besar n mcm2..
Jgn Syok sendiri yg kamu hensem bgitu,
Sorry okay, u all xHensem pun . 
Mcm xmatured aje...
Be professional ok.. Kemas.. Nampak macho dan 
leh dibuat suami lg.. :)

Emm.. Syok sendiri ni mgkinkah perlu ?

Ha..kalau nak menaikkan tahap keyakinan 
diri sendiri agaknya perlu lah. 
Untuk Memotivasikan diri sendiri..
Org yg lemah semangat dan tak ada keyakinan dir selamanya akan di bwah org lain.
Mcm si ketua td die rase die lah yg paling hebat so dia dgn sendiri meningkatkan keyakinan dia sendiri untuk berhadapan dgn orang lain. 
So, berbalik pd niat anda ye mcm mane.. 
Ambil kira pendapat,kritikan,
 teguran dan komen dari org lain juga..
Jgn pakai pendapat sendiri shja n jgn syokk sendiri aje..
Komen org lain itu kunci yg membina pd 
kemantapan diri kita ke arah lebih baik.
Kita diberi akal fikiran untuk berfikir 
yg mane kaca dan yg mana mutiara.
Yg mana buruk dan yg mana Baik.

''Jadilah Orang yg Terbaik dalam Kalangan yg Terbaik''


Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012