RAMADHAN KAREEM

Bulan mendidik jiwa



"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." 
(Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air

YaAllah..Rezekikan aku sebuah istiqamah.. 
Istiqamah dalam ibadah..
Walau dalam kesibukan sebagai student Asasi Architecture..

'Akalku.. 'Akalku..
Bernaskanlah...

Imanku..Imanku..
Teguhkanlah..

Hatiku..Hatiku..
Lembutkanlah..

Jiwaku..Jiwaku..
Bersihkanlah..

Juga buat mereka yg disampingku.. ..disekelilingku...
Limpahkan Rahmahmu buat kami..
Aku sayang mereka semua...

P/S: Sudah 3 bulan tak balik kampung.. 
Sungguh, amat rindu kerabat tercinta.. :'(
Genap setahun dalam course Architecture CFS.. 
Kini hidup berGC mngajarku erti tabah dan sabar..
Syukran YaAllah... ^_^







Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)