Kesulitan Mengawal Hati


Salam Bahagia sahabat2 sekalian . 
Entry Anis kali membicarakan soal hati. 
ya..Hati.

Hati amat susah utk dikawal.. hati yg sentiasa berbolak balik..
 Manusia asyik mencari yg indah dan sempurna sedangkan kesempurnaan hanya ada pada Allah. Selagi tidak nampak kesempurnaan Allah, Selagi itu hati tidak akan lapang
Anggaplah yg Pahit itu sbgai ubat.
Badan tidak akan sihat tanpa ubat. 
Anggaplah yg manis sbgai minuman air buah buahan
yg menghilangkan dahaga an mnyegarkan badan. 
Anggapan seperti ini boleh menghapuskan rasa cemas akan ujian 
dan melahirkan rasa syukur 
dengan nikmat dan kemenangan .

Dalam hidup ini, 
Jihadun Nafs ( Jihad melawan Nafsu ) sangat penting. 
Maksudnya, mengawal hati drpd tersasul 
dengan perasaan-perasaan yang salah, 
seperti perasaan kecewa apabila gagal dan 
perasaan bangga diri apabila berjaya.


Mengawal hati lebih sulit daripada mngawal kerbau dan lembu. 
Hati itu bertukar-tukar dan berbolak-balik 
seperti balak di tengah laut dipukul ombak. 
Mana pernah diam.
Sepatutnya 90% drpd fikiran kita difocuskan kpd gerakan hati. 
Hati itu dapat dikawal dgn ilmu perantaraan akal fikiran.
Ilmu adalah lampu penyuluh akal fikiran
yang mngemudikan hati ke destinasi yang tepat iaitu
hingga bertemu dgn Tuhannya.


Dalam hidup ini,
manusia ingin mencari yang indah dan yang sempurna. 
Manusia tidak akan bertemu dgn ini semua. 
Manusia akan melihat kpd yang lain, yang serba kekurangan.
Manusia hanya akan bertemu kesempurnaan itu 
pd Allah yg bersifat Jamal dan Kamal .
( cantik dan Sempurna )

Bila sudah bertemu dgn yang paling sempurna dan paling indah,
manusia tidak berkehendak kpd yang lain lg. 
Sudah ckup dgn itu saja. 
Segala kekurangan dalam hidup tidak akan menjadi masalah.
Hal inilah yang membuahkan Qanaah dan Zuhud


Duhai hati...tenanglah..



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012