Buat Bakal Zauj .Hubby.

Buat: 
Suamiku (zauji) yang tercinta[hanya Allah mengetahui]

Dari : Bakal Zaujahmu
Assalamualaika.. 

Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada ana untuk menulis entri ini... Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai anta bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tak mintak sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita... Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya?

buat bakal zauji,
ana tak berharap apapun pada anta.. Tetapi ana cuma harapkan anta menjadi seorang yang soleh. Bukanlah bermaksud perfect tetapi ana idamkan seorang lelaki yang soleh menjadi peneman hidup.. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. 

buat bakal zauji,
ana bukan seorang yang perfect, terlalu banyak kekurangan pada diri ana. Ana ingin berubah setiap saat setiap detik ana cuba berubah . Ana cuba untuk memperbaiki diri ana. Ana ingin menjadi seorang isteri yang dapat menjaga anta dengan baik, dapat bahagiakan anta,menyuntik semangat anta, tempat bersandar melepas penat keringat bekerja dan membantu dakwah tarbiyah anta dengan seadanya. 

buat bakal zauji,
ana sedar siapa diri ana, tetapi ana cuma mahukan anta menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan islam dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

buat bakal zauji,
ana harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila anta menghantar ana ke kuliah ana, membantu tesis/projek ana, berusrah bersama, ke daurah bersama, ke masjid bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha.

YaAllah :')

Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak. Di mana ketika itu,Ana dah bersedia. Ana layak untuk mendampingi anta...Bukan hanya sebagai isteri kepada anta, Tapi ibu untuk anak-anak kita.


Akhir sekali.. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, ana akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang wanita yang baik. Ana juga harap anta dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang terbaik.

Andai jodoh bukan milik kita..
Mungkin Dunia memisahkan,
Mungkin juga mati memisahkan kita..
Usahlah anta bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Ana doakan kebahagiaan anta..Bermohonlah padaNya selalu..
kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu...

Dari bakal Zaujahmu,...
Aisy al Haya'..

Semoga Allah pertemukan kita dengan jalan yang diredhaiNya. Amin..

Hayatilah wahai zauji:

http://www.youtube.com/watch?v=Gnua_V91Cxo&feature=player_embedded


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012