Ada Apa Pada...?


Ada Apa Pada..?

Kita pernah diajak untuk menghadiri barnamij2 agama.. Kita juga pernah dipaksa mengikuti tamrin.. Pernah diajak untuk menadah telinga mendengar talk.


Juga pernah ditarik ke USRAH..?

Berapa orang yang berusaha berdalih untuk melarikan diri dari usrah.. Alasan yang paling femes, ''akak, saya ade study group lah ptg ni'' . ''akak, maaf sgt3 saya xboleh hadir usrah hr ni masalah peribadi''. sudah menjadi trend bagi ahli usrah yang ingin melarikan diri dari kakak-kakak yang bertudung labuh merimaskan dan meruntuh nikmat jahiliah mreka itu.. Sungguh kelakar bila teringat itu semua.. 

Tetapi, ada juga mereka yang mula bersikap aneh setelah disapa ditarbiah. Ada yang dah mula rajin membaca Quran. Ada pula yang kalau dulu hanya membaca quran sahaja tapi terjemahannya jauh sekali untuk dititip dan difahamkan tapi sekarang sudah mula tersentuh hingga menitiskan air mata saat memahami ayat-ayat suci itu malah sudah mula cintakan Bahasa Arab. Kalau dulu selalu membeli majalah Remaja, Mangga, Komik dll tapi sekarang sudah mula mengintai-intai Solusi, GenQ, Anis dan kitab agama sebagainya. Dulu otai-otai gelak pun kuat,sekarang selepas ditarbiyyah sudah control nya,manis sekali. Ada juga akhowat yang sudah mula rajin masuk dapur mencuba resepi baru selepas ditarbiah malah siap bagi naqibah dan kawan2 rasa masakan lagi tu (hehe). Movies lagha sudah ditinggalkan dan Ikhtilat sudah terjaga. MasyaAllah! Indahnya tarbiyyah.



Saat hati disentuh tarbiyyah..
Wang, masa, keringat dan kepayahan bukan lagi menjadi persoalan..
Sanggup turun dari rumah TIGA JAM lebih awal 
Menaiki teksi dan tambang RM20 pergi balik
Tambang Lrt dan bas..
kos alas perut semasa disana
 dalam kePENATan, terbayang wajah murobbiah/ahli usrah
Semua pengorbanan td tidak setanding input usrah itu,
semata-mata kerana dakwah dan tarbiyyah


Ada bezanya jika usrah lama ditinggalkan
Bukan dua minggu, malah seminggu pun kita dah jadi lain
Jiwa kosong..
Down..
Seperti kurangnya sesuatu pelengkap dalam diri..
Jika Sebulan,dua bulan ,setahun?
Kering kontang agaknya!
Kata murobbiahku,
 'Bagi saya, saya mewajibkan usrah tu keatas saya, walau sesibuk mana pun urusan saya, InsyaAllah saya akan cuba setelkan dan manage sebaik yang mungkin. Bukan menjadi alasan untuk meminggiri usrah''
Tersenyum lebar mendengar penjelasan murobbiahku yang sedang menyambung Ph.D dalam jurusan undang-undang disamping mempunyai tanggungjawab kepada suami,anak-anak dan kerjaya beliau. Namun kesibukan beliau bukan menjadi alasan untuk futur dalam dakwah ini.
Indahnya..Allah.Allah.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedu­dukanmu.” (Q.s. Muhammad: 7).

Allah akan membantu orang yang berjuang dengan ikhlas pada jalan Allah dengan menjadikan urusan-urusan mereka itu mudah. Bahkan ketika mereka lemah imannya berkeluh kesah, berputus asa, dan tidak melihat jalan keluar, Allah menurunkan bantuannya kepada mereka dan memberikan kejayaan kepada mereka.
Allah..Maha suci Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Sesungguhnya, hati-hati mereka yang berjuang di jalan Allah ini telah diikat kuat oleh tali-tali ghaib yang hanya boleh dirasa oleh mereka yang faham akan makna ukhuwwah Islamiyyah

Dan..itulah..
Ada apa pada Usrah?
Ya..Ada sesuatu..
Ada sesuatu pada jalan Dakwah dan Tarbiyyah ini..

Yang bakal mengubah segalanya.



"AKU ADALAH ANAK PANAH ISLAM.. CAMPAKKAN AKU KEMANA SAHAJA, 
NESCAYA AKU AKAN BERJUANG UNTUK ISLAM.." 
-SAAD BIN ABI WAQAS-

Moga Tsabat. Istiqamah.

-Aisy-




p/s: Masa baca doa rabitoh, bayangkan wajah semua ahli usrah :-)


Comments

  1. indahnya curahan tinta ini.. :)

    ReplyDelete
  2. Asadullah7:31 AM

    Benar.. ada sesuatu pada jalan dakwah dan tarbiyyah itu. Hanya yg mllui akan merasa kemanisannya.. btw,the best entry.

    ReplyDelete

Post a Comment

Amboi,nak komen ape tu ?

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)