Indahnya disebalik itu !


Rama-Rama/Kupu-Kupu

English: Butterfly
Arab: Firoshah  فراشة

Aisy suka firoshah..
Sejak kecil Aisy suka firoshah, dan firoshah juga antara haiwan yang Aisy xgeli nak pegang.. Aisy ni bukan senang nak sentuh haiwan.. Ingat lagi masa kecik2 dulu,Aisy tahu pasal firoshah ni sebab Kak Wan suka tangkap gambar firoshah mase dia belajar kat UM dulu. kadang2 dia tangkap firoshah yang dah mati dan simpan dalam album. Macam2 jenis,warna dan species nya. Tapi, bila lihat ia terbang dan hinggap di bunga,Subhanallah! Lagi Cantik.

Bagi Aisy, firoshah ni cukup simbolik. 
Lambang perjuangan hidup..
Firoshah yang berterbangan di udara pasti memukau setiap mata yang memandang.
MasyaAllah..Sungguh takjub makhluk Allah!

Kamu tahu tak?
Dulu ia xlebih hanya seekor beluncas!
Dibenci org dan dianggap makhluk perosak.
Ini la beluncas yang melekat dikain Aisy T_T
Dulu masa Aisy dirumah arwah nenek,seekor beluncas melekat dikain Aisy. Aisy menjerit takut. Menangis sekuat-kuatnya dan semua ahli keluarga meluru kearah Aisy. Makcik membantu Aisy. Semua gelakkan Aisy. Padahal,Aisy amat takut, tidak mengerti mengapa semua tidak mengerti Aisy pada waktu itu. Aisy tak suka beluncas. Geli amat. 

Tapi,Rupanya firoshah yg cantik itu asalnya daripada seekor beluncas yang menakutkan ketika Aisy zaman kecik. Nah, setelah transform dr kepompong & akhirny menjadi firoshah cantik,
Dunia mula memandang ke arahnya...
Kisah firoshah ini kisah benar, bukan hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap firoshah. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor firoshah keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, firoshah ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Berusaha!!!! Akhirnya, ia berhasil. Firoshah ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada firoshah yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan Firoshah ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Firoshah ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. SubhanaAllah!

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Ia adalah janji Allah...Kuasa Allah yang maha mencipta.
Sakit dahulu untuk mengenal bahagia. Bersabarlah Aisy,Bersabarlah kawan..

Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. 
Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.
Kini Aisy percaya,
Syukur..Aisy Bahagia yaAllah.
Kita bahagia :-)

Firoshah yg cantik!
Sape nak bagi buku nota lambang firoshah?
boleh buat nota usrah
Istiqamah dalam dakwah & tarbiyyah 
juga perjuangan hidup
seperti Firoshah :-)



Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)