MasyaAllah! Tubuhnya Seharum Kasturi



Dalam kitab Al-Akhlaq Al-Islamiyyah Lin Nasyi'in ada sebuah kisah yang menggetar jiwa. Kisah ini terjadi ditanah Syam. Kish yang banyak disebut dari mulut ke mulut sampai abad ini.

Ini adalah kisah ketaqwaan seorang pemuda. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual keliling. Ia berkeliling dari satu daerah ke satu daerah. Dari satu kawasan ke kawasan lain. Dari lorong ke satu lorong. Dari rumah ke rumah. Ia berkeliling sambil memikul kain dagangannya. Akhirnya masyarakat mengenalinya sebagai si penjual kain keliling.

Di antara kelebihan pemuda ini adalah bentuk tubuhnya yang gagah. kulitnya yang putih. Wajahnya yang mempesona. Dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga siapapun yang melihatnya akan terpesona kerananya itulah kurnia Allah yang dianugerahkan kepadanya.

Suatu hari, ketika ia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya masuk ke dalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya wanita itu termasuk dalam golongan bangsawan. Sebaik saja masuk ke rumah dengan kepantasannya wanita itu boleh mengunci pintu. Wanita itu sangat terpesona dengan ketampanannya. Wanita itu telah lama tergila-gila padanya. Sudah berkali-kali dalam diam-diam wanita itu memandangi ketampanannya ketika pemuda itu lalu di depan rumahnya.

Wanita itu berkata ''Duhai pemuda tampan,Sebenarnya aku memanggilmu bukan untuk membeli barang daganganmu, tapi semata-mata kerana aku sangat mencintaimu. Selama ini aku tergila-gilakan pada ketampananmu."

Pada saat itu, tak ada seorang pun dalam rumah itu melainkan mereka berdua. Wanita bangsawan itu dengan penuh harap merayunya untuk berzina. Pemuda itu pun mengingatkannya dan menakutinya akan pedihnya siksa Allah. Namun, usahanya sia-sia belaka. Setiap perkataan yang diucapkan oleh pemuda itu justeru membuatkan wanita itu semakin menggila dan nekad. Wanita itu juga makin terangsang untuk menaklukkan pemuda itu. Namun pemuda itu tak berganjak dengan keimanannya. Ia menolak dengan tegas.

Kerana pemuda itu tetap menolak, Wanita itu mula mengugut:
 "Jika kamu tidak menurut apa yang kuperintahkan, aku akam menjerit sekuat-kuatnya dan mengatakan kepada orang bahawa ada orang yang masuk kerumahku dan ingin memperkosaku. Mereka pasti mempercayai ucapanku kerana kedudukan dan kerana kamu telah memasuki rumahku. Akibatnya kamu akan binasa. Kau akan dianggap penjahat paling nista. Dan Orang ramai itu boleh marah dan menggantungmu hidup-hidup!"

Wanita itu mengancam dengan serius. Pemuda itu terus berfikir bagaimana mencari jalan keluar.Ia tidak mahu maksiat tapi tidak mahu mengalami hal yang tidak baik. Dieserapahi orang ramai sebagai seorang penjahat merupakan hal yang sungguh menyakitkan. Beberapa detik kemudian sekonyong-konyong terbitlah idea nekadnya. Kadang-kadang tindakan nekad harus dilawan dengan nekad juga.

Sambil tersenyum ia berkata;
"Baiklah. Boleh aku ke bilik mandi untuk membersihkan diri dahulu? Lihatlah tubuhku penuh dengan yang baunya tidak sedap!"

Sebaik mendengar ucapannya, wanita itu sangat gembira kerana menyangka ia akan menuruti keinginannya dan berkata dengan hati meluapkan kegembiraan;
"Ooo, tentu saja boleh aduhai kekasihku dan belahan jiwaku?Sungguh ini adalah kesempatan luar biasa."

Sang pemuda pun segera masuk ke bilik mandi. Ia mengatakan itu sekadar untuk menyelamatkan diri sesaat. Mencari tempat yang tenang untuk berfikir. Sampai di bilik mandi, tubuhnya gementar kerana takut terjatuh pada kemaksiatan. Wanita adalah perangkap syaitan. Demikianlah sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam. 

Ia pasrah kepada Allah. Ya Allah, apa yang mesti aku lakukan?! Berilah hambaMu petunjuk ya Allah. Tiba-tiba tercetus sesuatu dalam fikirannya, ia bergumam:

"Aku tahu pasti, di antara golongan yang mendapatkan naungan pada hari tidak ada naungan di hari kiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan berkedudukan, lalu mengatakan: "Sungguh aku takut pada Allah!" Aku juga tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut pada Alah, maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. Tidak sedikit orang yang menurut hawa nafsunya, maka ia akan membawa penyesalan sampai akhir hayatnya. Jika aku melakukan kemaksiatan ini, Allah akan menghilangkan cahaya dan kenikmatan dari hatiku. Duhai Tuhan, tidak,tidak! sekali-kali aku melakukannya! Tapi apa yang boleh ku perbuat?

Apakah aku harus loncat dari tingkap? Hal itu tidaklah mungkin kerana tingkap ini terkunci sangat kuat dan sukar sekali untuk membukanya. Kalau begitu aku harus melumurkan tubuhku dengan kotoran. Ya, aku harus melumurkan tubuhku dengan kekotoran. Semoga jika ia melihatku seperti itu, ia akan merasa jijik lalu mengusirku."

Benar saja, ia lalu berak dan melumuri seluruh tubuhnya dengan kotoran beraknya. Seluruh rambutnya,mukanya. Dada. Tangan. dan Semuanya. Ia sendiri sebenarnya merasa jijik. Bahkan ia mual dan sempat muntah. Sambil menangis ia berkata: :"YaAllah, ya Rabbi, kerana rasa takutku padaMulah aku melakukan ini!Maka gantikanlah untukku yang lebih baik."

Lalu iapun keluar dari bilik mandi. Dan sebaik saja wanita itu melihatnya, ia sangat terkejut. Ia merasa jijik lalu menjerit dan berteriak dengan keras: "Keluarlah,hai orang gila!Dasar pemuda gila,keluar kau jangan kau kotori rumahku."
Ia berjalan keluar dan berpura-pura bertingkah laku seperti orang gila. Sebaik sampai di luar, ia cepat-cepat cari tempat yang aman . Ia takut dilihat orang dan takut mereka memfitnahnya. Jika itu terjadi barang dagangannya boleh tidak laku,kerana ia akan dianggap benar-benar gila. Beberapa orang yang melihatnya merasa hairan dan mentertawakannya. Ia terus berjalan menuju rumahnya melalui jalan yang sepi. Ia merasa sangat lega kerana sampai dirumahnya. Ia terus membuka pakaiannya dan segera masuk ke bilik mandi untuk membersihkan seluruh tubuhnya.

Ketika ia keluar dari bilik mandi, Allah subhanahu wa taala menunjukkan kekuasaannya. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh pori-pori tubuhnya sehingga menjemputnya. Bau itu tercium dari jarak beberapa meter. Akhirnya ia dikenali dengan sebutan ''Al-Miski'' atau Orang Yang Seharum Kasturi.


Kisah ini menjadikan bukti keagungan Allah. Kisah nyata ini masih boleh dilihatbekasnya. Ditanah Syam, ada sebuah makan yang tertuliskan "Al-Miski".  Itulah kubur orang mulia yang menjaga kesuciannya ini.
***

-Diatas Sejadah Cinta-


Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)