Refleksi


Jika inginkan kebaikan,
berusahalah menjauhi segala perkara yang merjerumuskan kamu kearah keburukan..


Sebagai contoh,


kita selalu cemburu tengok orang berjaya,
Kita selalu menyesal dan sedih apabila tiap kali keputusan keluar,


tapi kita tidak berusaha untuk jadi seperti dia,
tiada usaha untuk cari notes lama-lama, 
tiada usaha untuk rajin bertanya, 
tiada usaha untuk faham berlelah kerana ilmu dan
hati tidak bersih. Ada riak dan juga mencampur aduk ilmu dan maksiat.

Kita hanya nampak yang zahir,  tapi lupa check diri kita sendiri.

Kita ingin murah rezeki,
hanya dengki dengan kemurahan rezeki orang lain,


cemburu dengan kereta BMW teman sekerja,
menjeling perabot baru jiran,
hasad dengan kenaikan pangkat orang lain,
tapi kita malas berusaha,
tidak berminat untuk tingkatkan prestasi kerja,

tidak komited dalam menjalankan tugas,
berat tulang untuk membantu orang lain,
amat kedekut dalam bersedekah,

dan malas solat dhuha...
Solat dhuha itu pintu rezeki sayang..

Kita inginkan pasangan yang soleh/solehah,
panjang berjela list ciri-ciri pasangan pilihan,

mengalahkan bil shopping di hypermarket. Eh#
nak yang huffaz 30 juzuk, nak yang kaki masjid, nak yang berkepimpinan,
nak yang tudung labuh, nak yang tak pernah kapel,
nak yang putih, kulit licin, tinggi lampai, bibir merah,
kening lebat, hidung mancung bla bla
tapi pernah tak kita terfikir bagaimana si soleh akan datang jika kita berterusan tidak memperbaiki diri kearah kebaikan?
Yang lelaki masih lagi bersosial dan tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan.
Yang perempuan pula masih melayan lelaki-lelaki yang sentiasa mengajak kearah maksiat.


dan si putera puteri kayangan leka dalam angan-angan masing-masing..

Apa kata kita mujahadah tinggalkan semua jahiliah ini demi untuk mendapat yang terbaik..
Percayalah, mujahadah itu tidak sia-sia malah menjamin bahagia.. 

Allah, bantulah kami bertahan dalam istiqamahnya mujahadah..
Allahummaghfirlana zunuubana..Amin..



Iman, Rohani.... refleksi peribadi kita......

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012