TAHUN SATU URP : SEMESTER 1

Tamat sudah satu tahun dua semester berada dalam jurusan Perancang Bandar dan Wilayah.  Dulu saya tak begitu jelas, apa itu URP (Urban and Regional Planning ). Hanya mendengar khabar dari senior dan kawan-kawan sahaja. Tapi Alhamdulillah, setelah setahun penat jerih suka duka dalam bidang ni,saya sudah makin mengerti.

Semester 1

Studio Master ialah Mr.Muhammad Ali b.A.Rahman. Beliau cukup mementingkan disiplin dan etika pelajar URP. Pakaian, sikap, dan penilaian kerja amat dititik berat oleh beliau.

Memang benar kata senior, URP banyak kerja berkumpulan dan buat report je selalu. Kerja berkumpulan ni memang amat mencabar. Ya, cabarannya dalam pelbagai aspek. Aspek emosi terutamanya. Sebab,bukan senang nak handle semua ahli focus pada satu matlamat berkumpulan.

Aspek ikhtilat lelaki perempuan juga.

Aspek disiplin.uhh

Workaholic. Gelaran rakan studio untuk sy. Excited sangat buat kerja. nak jadi perfectionist la sangat tapi last-last pengsan! Masa tu, projek 4. sebab stay up buat report, paginya, sebelum presentation, pengsan. Terus cancel semua presentation. Memang salah diri sendiri, xpandai kontrol emosi dan tak take care akan diri sendiri.

Project 1: 
Kena buat poster Issues and Problems
Masa ni Group sekali dgn Ammar azizi, Atikah, Faris, dan Shazni.
The Best Group!

Project 2: Issues and Problem. 
(Every groups dapat satu site dan kena kaji issue & probs kat situ)
Group saya dapat tempat pelupusan sampah kat Jinjang.
Group dengan Farhanah, Nasriah, Alif,Irfan dan Aeron.

Project 3: Code Coloring. 

Rumah banglo, teres, kedai, kilang, jalan raya, tangki dan lain-lain semua ada kod warna tersendiri dalam map, jadi kami kena ingat la warna kod tu.
Latihannya, kami kena warna secara manual menggunakan Ecoline.
Memang buruk habisla sebab kami bukan jenis hebat dalam coloring pun. haha.


Project 4: Understanding Planning Standards and Guidelines
Kami dibahagikan kpd 5 kumpulan dan setiap kumpulan mendapat site masing.
Site saya kat Bukit Jelutong Shah Alam.
Kena bawak la buku piawaian Selangor tu hehe.
Ukur jalan, ukur jarak kedai, jarak rumah dan sebagainya.

Project 5: Literature review.
Kena buat report asas tentang tujuh components penting dalam site analysis.
Land use, topography, hydrology, soil, Local climate, view n scenery, & Flora n fauna.

lepas tu, kami kena pergi site visit kat Shah Alam
Masuk hutan pe semua la.

Project 6: Technical Report
Kena keluarkan semua data yang kami dapat dari site serta analisisnya sekali.

Project 7: Layout
Kena buat layout plan bersaiz A1.

 Bagi anis, sem 1 ni banyak mengajar disiplin, penekanan dalam akhlak dan melatih supaya kuat dan berpijak di bumi yang nyata. Bukan sekadar belajar teori sahaja.



Terima Kasih :)

Comments

  1. Anonymous5:37 PM

    Hai awak..:) Menarik post-post kat blog awak ni yer.. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Amboi,nak komen ape tu ?

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)