Abah oh Abah :D

Salam sihat iman!

''Jago,Jange bekeng telajok,xdok oghe nok''
''Jange duk buat bendo pelik pado oghe..''
''nak pilih tok laki, tgk agama, keturunan dulu..'' -ABAH-

Abah,Haji Tuan Mohd Amin b Tuan Ishak.

Memang diakui seorang yang garang..
Sy amat takut sekali masa kecik-kecik dulu..
Susah benar nak tunjuk kasih sayang..
Tak pernah ungkapkan sayangnya dengan kata-kata..
Kadang-kadang jeles dengan member yang boleh bergurau manja dengan abah dorang..

Hm.tapi sebenarnya..ape nak dijeleskan?
Tidak bersyukurkah?
Abah yang beri aku didikan ilmu dunia dan agama..akhlak..
Mengajar mengaji,darjah dua sudah khatam..
Menyekolahkan aku ke sekolah agama arab..Maahad
Hingga sekarang aku sedang menyambung pelajaranku ke UIA..

Itu Kasih sayangnya,
ya,dalam garang, ketegasan, kongkongan..
Walauapapun,Abah adalah ayah yang terbaik didunia buatku,bukan abah orang lain.

Tuan Anisdina Tuan Mohd Amin.
Namaku berkembar nama beliau.
Moga nama ini terus jadi anak solehah..
Baik akhlaknya,
Berbakti kepada abah dan ma dan juga ummah..


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012