Rumah Terbuka Farah

Salam Aidilfitri..
Kullu 'aamun wa antum bikhoir..

Raya ke-3 adalah rumah terbuka Farah, kawan sepengajian di UIA..
emm..terfikir tak tahu nak buat buah tangan apa.
Belek-belek balang biskut raya yang masing-masing berbaki 1/3 dari balang..
Bawak jela biskut raya..Biskut arab,dahlia dan biskut sarang semut..
Juga tak ketinggalan,
Deena Halwa.. hehe
Ma dan kakcik turut hadir sama..

Rumah Farah berdekatan Pendek Kota Bharu..

Menu hari raya adalah Nasi berlauk dan Nasi Arab!
Ada Mee Kari, Tapey Beras diraja, Koktel buah
dan juga bermacam menu sampingan pada hari tersebut..
Memang sedap-sedap belaka! hehe

Tetamu yang hadir adalah ahli keluarga Farah sendiri dan kawan-kawan parents dia..

Apa yang ditekankan disini..
Silaturrahim antara keluarga mereka..
PakCik,Makcik, sepupu sepapat yang cukup akrab sekali..
Bila berkumpul riuh serumah!
Rasa terharu dengan suasana mereka..

Mempunyai seorang nenek yang dipanggil 'Tok Wae'..
Berumur sudah 75 tahun tapi masih sihat walafiat..
Cukup peramah..
MashaAllah..saya dapat merasakan kasih sayang yang ada pada Tok Wae..
Walau baru dua kali jumpa dalam waktu yang singkat tapi sudah terbit rasa sayang..

Inilah nikmat keluarga Sakinah dan bahagia..
Saya jatuh cinta dengan keluarga ini..

Semoga dikurniakan rahmat dan keberkatan Allah kepada Keluarga yang cukup baik ini :)

p/s: sedang menunggu gambar kenangan. bila entah nak dapat..hehe

Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)