10 Hari to Go!





Allah..
Kurniakan kami hati yang tetap dan tenang..
Moga kami tetap menepis godaan-godaaan Syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menewaskan kami.



Kini, berbaki 10 hari sebelum kami diijab kabulkan.
Apa perasaan?
Hanya Allah yang tahu debarannya.
Macam-macam assumption yang bermain difikiran.
Ya, kami tidak pernah kenal sebelum ini.

Namun, kami pasti ini jodoh terbaik dari Allah untuk kami.

Jalan ini mudah,
Kesemua keluarga dan kerabat kelihatan gembira dan bahagia dengan kehadiran beliau,bakal suamiku.


Kami bersyukur..
Moga berterusan Allah mudahkan.. 

Persiapan masih 70% baru setel,
Adik beradik banyak sangat membantu.
Tambahan pula saya masih belajar..
Alhamdulillah, dikurniakan ahli keluarga yang sangat baik untuk membantu proses nikah ni.

Moga Allah Redha.

Ramai yang bertanya macam mana saya dan bakal suami bertemu, kenal dan membuat keputusan untuk nikah. InshaAllah, selepas ijab kabul nanti, saya akan kongsi cerita..
Untuk kawan-kawan yang tertanya-tanya dan untuk pengajaran bagi adik-adik diluar sana,

InshaAllah! 


Bercinta selepas Nikah! B-)

Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)