1st Pregnancy

Alhamdulillah.. Sudah 4bulan saya bergelar isteri kpd encik Fadhli.
Kini kandungan pertama saya sudah hampir 3 bulan..
Rezeki berita gembira ni kami panjatkan syukur kepada Ilahi :)

Masa tengah final exam, saya ketahui saya pregnant 5weeks above melalui digital pregnancy test..
Alhamdulillah..saya tiada apa apa alahan masa tu..
Saya berjaya habiskan final exam saya dengan sihat walafiat..
Tunggu result 28 Jan ni pula mendebarkan.. Oh no!

Jadi bermula cuti 3 minggu..
Saya rancang minggu pertama dan ketiga saya bercuti dirumah mertua.
Minggu kedua saya duduk dirumah saya di Kelantan.

Minggu pertama cuti, saya dah mula rasa tanda-tanda kehamilan.
Perut rasa kejang dan kembung.
Sakit kepala memanjang.
Rasa malas sangat.

Hari prtama saya berjaya memasak masak lemak cili api..
Hari kedua, buat ayam berempah , telur masak merah.
Masa tgh masak tu, rasa pening semacam je. Tiba-tiba air liur penuh je dalam mulut.
Ulu hati senak dan sakit..
Saya tahu itu tanda nak muntah..
Terus berlari ke tandas memuntahkan semua apa yang ada.
Badan lemah sangat. Nasib baik semua benda dah sedia, tinggal mintak tolong bibik gorengkan je.

Sejak hari tu, nenek mertua tak bagi saya jenguk dapur.
Sejak hari tu juga, saya tak lalu makan.
Pagi2 hari mesti loya dan muntah..

Nasi tak
Boleh masuk.
Sedihnya.

Ni dah masuk cuti miggu ke3.
Sabtu ni dah bertolak ke KL.
Saya cuma berharap saya okay bila naik sem baru dan tak meragam macam-macam.

Tp Alhamdulillah.. Saya hanya tak lalu makan nasi.
Nak makan benda simple2 je.
Biskut, buah, air, snek2 biasa.

Orang lain alahan sampai tak boleh bangun pe semua kan.

Alhamdulillah, dikurniakan suami yang cukup penyayanh dan memahami.
Beliau layan je apa yang saya minta.
Kadang kadang nak manja je melebih.
Ya la, dengan siapa lagi nak memanja manja time pregnant ni,
kalau bukan suami sendiri kan? Hehe
Suami ajak mengaji sama-sama lepas maghrib.
Makanan rohani untuk kami dan bayi kami.
Terima kasih suami.

Apapun,
Moga Allah selamatkan kandungan saya dan semua wanita yang hamil ketika ni.
Kurniakan kami, Anis n Fadhli zuriat soleh solehah dan sihat walafiat.
Aamin ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)