Posts

Showing posts from March, 2015

Dugaan saat keguguran

Jumaat 27 February 2015

Jam 4am, perut memulas..Sangat tak selesa.
After subuh bertambah sakit, hanya mampu menggosok-gosok perut sahaja..

pagi ni suami bertolak dari Tganu ke Kelantan..
Mungkin jam 11 pagi beliau sampai..
Niat dihati nak buat makaroni bakar untuk beliau..
Surprise sikit..hehe

Jam 9 dah prepare bahan-bahan untuk makaroni bakar..
Perut masih sakit..tapi bila reda, saya pun mula sambung masak lagi..
Tapi jam 10pagi.. perut teramat sakit..
Dikatil, berputar-putar badan sebab tersangat sakit..
Hanya tuhan je yang tahu..
Sempat whatsapp suami bagitahu sakit perut..
Suami suruh bgtahu mama supaya pergi hospital..
Tapi saya hanya mahu bertahan.. nak tunggu suami sampai dulu..

Mama datang urut-urut, tapi still tak reda..
Mama kata, mungkin kantung janin nak keluar..

Tahan punya tahan akhirnya, sangat lemah..
Tak boleh berdiri, memang decide sendiri nak ke hospital..
Mujur adik lelaki time tu, adik yang papah ke kereta..

Sesampai di hospital, saya dipapah ke kerusi roda,
time …

Hikmah

Jam 9pagi, kami ke klinik. Sejam selepas tu nama saya dipanggil..
Kami masuk ke bilik 2, Saya dan hubby menceritakan apa yang berlaku dan tunjuk gambar ketulan darah semalam. Doktor suruh saya baring untuk scan..
Mata saya hanya memandang riak wajah doktor je, Tak sanggup nak tengok screen scanner.. Doktor hanya mengamati screen dan diam sahaja.. Melalui riak wajah doktor..kami pasti, kami perlu bersedia dengan apa sahaja keputusan scan nanti.


Doktor mula memberti penjelasan pasal apa yang dipaparkan di screen. "Ini awak punya rahim, dan kantung janin.. Janin awak kecil saiznya berbanding kiraan weeks, sekarang dah sepatutnya 15weeks tapi saiznya macam 8weeks. Jelas sekali heartbeat nya pun langsung tiada. sepatutnya dah ada heartbeat"....
"Jadi awak dah confirm miscarriage"


.................... Innalillahi waiina ilahi roojiun..


Allahurobbi..berat rasa hati ni untuk menerima hakikat yang saya telah keguguran.. Kandungan ini amat saya dan suami harapkan.. Kami mer…

Menanti keputusan (Keajaiban)

Hari ni ada kenduri dirumah..
Mama datang sebab memasak lontong sarapan untuk pekerja pagi tu..
So start dari malam sebelumnya tolong mama buat nasi himpit..
Nasi himpit tanak sendiri, tak guna yang instant rebus tu..

Kuah lontong pun memang buat malam tu siap-siap,
Memang agak penat sikit..Tapi malam tu encik Hubby urut-urut okay la sikit..
Boleh lena juga malam tu.

Hari kenduri tu, saya jaga kat bahagian pintu masuk, sambut tetamu..
Jaga doorgift, hubby jaga kat belah lelaki,
Berdiri dan bangun duduk..
Penat tapi seronok..
haha..

Dalam pukul 5petang majlis pun selesai,
My family dari Kelantan pun berangkat pulang petang tu..

Masuk je bilik.. ada rasa lenguh-lenguh badan,
Berehat,
Hubby pun terlena..

Siapa tahu malam tu bakal mengubah mood kami..
Before maghrib, Saya ke toilet untuk membersihkan diri dan ready untuk solat..
Saya sedar yang ada satu ketul darah melekat di pantyliner..
Perasaan bercampur macam-macam..
Ya,perasaan yang kurang sedap..
Cuba tabahkan hati, tapi termenangis juga..

Kejutkan hubby …