Hikmah


Jam 9pagi, kami ke klinik.
Sejam selepas tu nama saya dipanggil..

Kami masuk ke bilik 2,
Saya dan hubby menceritakan apa yang berlaku dan tunjuk gambar ketulan darah semalam.
Doktor suruh saya baring untuk scan..

Mata saya hanya memandang riak wajah doktor je,
Tak sanggup nak tengok screen scanner..
Doktor hanya mengamati screen dan diam sahaja..
Melalui riak wajah doktor..kami pasti, kami perlu bersedia dengan apa sahaja keputusan scan nanti.



Doktor mula memberti penjelasan pasal apa yang dipaparkan di screen.
"Ini awak punya rahim, dan kantung janin.. Janin awak kecil saiznya berbanding kiraan weeks, sekarang dah sepatutnya 15weeks tapi saiznya macam 8weeks. Jelas sekali heartbeat nya pun langsung tiada. sepatutnya dah ada heartbeat"....

"Jadi awak dah confirm miscarriage"



....................
Innalillahi waiina ilahi roojiun..



Allahurobbi..berat rasa hati ni untuk menerima hakikat yang saya telah keguguran..
Kandungan ini amat saya dan suami harapkan..
Kami merancang untuk saya bersalin time cuti semester..
Kalau kandungan ini tidak menjadi, kami harus plan untuk hamil tahun depan.

Saya dan suami tidak menangis.
Kami kuatkan hati kami masing-masing untuk redha dengan takdir Allah.

Doktor menanyakan samaada saya mahu cuci rahim (D&C) ke tak, 
Saya dan suami decide untuk tunggu janin keluar sendiri..
Jadi doktor bagi mc seminggu supaya saya berehat.

Kami berjalan dengan lemah sekali keluar dari klinik.
Dalam kereta, cuba untuk tabah lagi..
Suami tanya, nak terus balik ke? 
(Mungkin beliau takut aku tak ready menjawab persoalan-persoalan dari ahli keluarga nanti)
Saya menjawab."Balik rumah teruslah"

Sesampai dirumah..
Suami yang menjelaskan balik berita keguguran..
"Innalillahi waiina ilahi roojiun.." balas bapa mertuaku apabila mendengar berita tersebut.
Entah kenapa saya teramat sebak..
Terus ke ruang hadapan untuk menenangkan diri..
Tak kuat untuk berhadapan dengan keluarga..
(Tak cool juga rupanya T_T)

apapun, lepas menenangkan diri..
Saya ke ruang makan untuk bersemuka dengan semua ahli keluarga..

Nasihat ayah..
"Semuanya ada hikmah..hikmah yang lebih baik di masa hadapan yang kita masih belum nampak. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya, Allah bagi peluang untuk saya tahu yang saya mampu mengandung.. tapi mungkin bukan masanya untuk menimang cahaya mata dalam masa tempoh terdekat (masa belajar) ni."

Allah..Aku lupa untuk bersyukur dan terlalu mengikut perasaaan..
Syukur ya Allah atas rezeki yang Kau kurniakan..
Kami akan redha..
Sabar.. Ganjaran yang lebih besar untuk orang yang sabar... 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012