Makanan feberet 1st trimester

Kali ni nak buat coretan detik detik 1st trimester

Alahan pregnant tu ada cuma just cepat penat dan selalu baring.
Muntah pula ada juga sikit2 dan tidak berlarutan muntah stiap kali masuk makanan pe smua tu.
Cuma byk ke arah  tak ada selera.
Makanan sangat memilih.. Susah nak kena dgn tekak.
Kalau rasa tak boleh go on, terus tak makan. Tak mau paksa paksa.

Setakat ni yg berselera nak makan:
Ayam pedas (ayam masak merah) letak daun limau purut
Tomyam seafood (tak kisah bihun, kuetiaw or nasi)
Spaghetti seafood (secret recipe punya) haha
Laksam
Laksa (memilih2 yg sedap je) dekat taman melati
Kuetiaw goreng basah
Ikan bakar kunyit+lada hitam
Apa2 sayur hijau smua makan je,

Skrg yg kurang boleh telan;
Telur
Kicap
Kuah yg bersantan (gulai kari)
Nasi dagang
Nasi lemak (boleh kalau tukar nasi putih biasa)
Nasi yg berperisa/warnawani (kcuali nasi kerabu)
Chicken butter with lemon (yg ni mmg xleh telan)
Bihun sup
Nasi ayam

Makanan makanan lain, belum cuba lagi.
Tapi nak mudah, nasi kosong, ikan bakar n lada hitam je.
Yg ni mmg lalu la makan.

Minuman dan buah buahan pulak, tak ada memilih.
Colek buah asam2 mmg suka utk hilangkan loya.
Snek ringan n manis macam kit kat tu mmg suka haha.

Itu je lah kot.. Hehe.

Cuma perubahan yg paling besar adalah, tenaga mmg limited.
Mengaji pun tak tahan nafas panjang.
Banyak baring atas katil.
Nak shopping mmg xada mood sbb cepat penat.
Nak memasak pun, tak boleh berdiri lama.

Alhamdulillah Allah kurniakan suami yg memahami.






Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012