Amalan semasa mengandung

Salam kasih sayang!

Ok post kali mengenai amalan semasa mengandung memandangkan ramai yang bertanya kpd saya apa tips tips dan amalan supaya mudah bersalin dan anak sihat walafiat. Ok saya akan share apa saya amalkan.

Untuk pengetahuan readers, saya pernah 2 kali keguguran jadi saya amat teliti dalam penjagaan kandungan kali ini. Sebelum disahkan pregnant saya diet turunkan berat badan sebanyak 4 kg. Acid folic mmg saya amalkan semasa kami merancang untuk hamil.

Buat pengetahuan readers juga, saya tidak mengamalkan apa apa supplement/jamu yg berlambak di pasaran skrg. Dr Marsita hanya sarankan saya amalkan makanan sunnah, banyak makan sayur dan kurangkan fast food.

1st Trimester
1. Amal surah yusuf, lukman
2. Acid folic, duphaston (kuat rahim)
3. Proscal (minyak ikan)
4. Provas (kalsium)
5. Jus delima
6. Madu
7. Susu kambing
8. Kurma


2nd trimester
1. Khatam alquran
2. Acid folic, kalsium,
3. Jus delima
4. Madu
5. Kurma
6. Susu kambing
7. Saffron (utk kulit baby cantik)

3rd Trimester
1. Surah maryam
2. Acid folic, kalsium
3. Jus delima
4. Madu
5. Kurma
6. Air zam zam
7. Susu
8. Saffron
9. Sapu minyak zaitun di kawasan perineum (vagina) utk melembutkan dinding vagina dan cepatkan bukaan.

Bagi saya kalsium memang penting untuk pertumbuhan bayi dan kesihatan ibu. Sapu dan urut di area vagina dgn minyak zaitun juga amat membantu untuk cepatkan proses bersalin. Then, nak dekat bersalin tu, setiap pagi saya makan kurma dan air zam zam dahulu. Air Yg lain, amalan amalan baik, makan makanan yg sihat macam biasalah.

Selain itu, saya ada print out doa mudah bersalin, tampal di buku nota dan baca sambil hafal. Setiap kali dalam kelas nak start salin note, saya akan baca doa tu.

Semoga bermanfaat utk para ibu hamil dan semoga sihat sihat selalu ☺️

Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012