Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)

Assalamualaikum.
Dah lama tak menulis ni. Sekarang baru ada mood nak menulis.

Alhamdulillah saya sudah selamat bersalin dan kini dah 10 hari berpantang. Oleh itu, saya nak share sedikit detik detik nak dekat bersalin.

Sebelum ni, saya mmg kerap sakit perut sbb angin. Kembung perut. Ya Allah mmg tak selesa. Selain tu masuk 8month kandungan ni, tulang pelvis pulak agak sakit sbb kepala baby dah turun kebawah. Mmg time tidur nak pusing kiri kanan n turun naik katil tu mmg dugaan sgt. Setiap malam mengadu dekat hubby sakit.

Alkisah 1 april 2017 3am
Saya time ni tersedar time tidur sebab perut rasa tak selesa. Tapi tak ada la sakit sangat. Asyik rasa macam nak buang air besar je. So ulang alik pegi tandas. Pukul 5 am mcm tu kejut hubby cakap rasa lain macam, mcm contraction. Dah start guna apps kira frequent sakit tu. Tp diri sendiri pun tak pasti samada contraction atau sakit pelvis, perut kembung atau nak buang air besar haha. Ikutkan due date 11 April. Air ketuban, lendir atau darah pun belum ada keluar lagi. Tp diri sendiri request kat suami nak ke hospital lepas subuh. So kami tidur dulu then tunggu subuh.

Pukul 6am bangun mandi, solat subuh n terus bersiap. Main sarung je jubah n tudung yg mmg dah ready. Capai air zamzam n tamar je. Bag baju n kelengkapan lain mmg dah lama ready dlm kereta dah.

6.45am sampai kat hospital Salam, terus ke kaunter register macam biasa. Kerani just tanya kekerapan contraction tu brapa minute, saya just cakap kadang2 10, n 5 minute.
So, terus naik ke labour room. Tunggu Dr Jumizah sampai. Masa tgh tggu di LR tu, baru rasa sakit yg betul2 lain macam. Baru yakin, ni baru contraction sebenar. Rasa sakit yg agak kerap dan konsisten. Setiap 2,3 min macam tu. Tp sempat jugak breakfast nasi lemak yg dihidangkan haha. Tak selera tp bila fikir balik, kena makan sebab lepas ni nak guna tenaga byk.

1 April 8:00Am
Dr Jumizah sampai dan check bukaan. Baru 1-2cm je. Agak kecewa sbb baru sikit bukaan even contraction agak kuat. Tp jeng jeng jeng.. Dr Ju tak benarkan saya balik rumah sebab katanya laluan/dinding tu nipis..mgkin bukaan akan laju. Saya tak berapa faham tp ikut je la dr nak suruh buat apa. Dr tanya, nak duduk dalam LR atau naik ke bilik dulu.. saya n husband decide nak duduk LR je. Senang.

9:00am
Sakit makin kerap dan kuat. Saya tak tahan, terus tekan butang panggil nurse cakap tak tahan. Aiyo.. nurse dtg check bukaan dah 4,5 cm. dia cakap, sabar mungkin dalam 4 jam lg.

11:00am
Bukaan dah 7cm. Saya dah start minum air selusuh yg saya dan hubby buat.

12:00pm
Bukaan 8-9cm , doktor dah ready kelengkapan bersalin.. saya dah makin tak tertahan sakit.. sampai sedut gas. Jd khayal sikit tp sakit tetap rasa. Allahu, baru ku tahu begini rupanya sakit contraction.

1:00pm
Dr Ju dtg check bukaan dan dia suruh tunggu 20 min lg. sepanjang dalam LR hubby ada disisi, asyik mengadu kat beliau je. Mengadu dekat nurse yg nama chepah.. mmg mak2 sgt. Beliau suruh ingat Allah. Bila sakit sgt, Hanya sebut Allah. Allahu akbar. Sambil tu tak henti henti baca surah al insyirah , doa mudah bersalin yang Dr Marsita ajar, selawat, doa nabi yunus , dan zikir Ya Fattah..

1:20pm
Dr Ju dtg dan ready. Dr suruh teran bila rasa contraction tu dtg.. saya sempat jeling2 dekat mesin ctg tu, bila contraction naik 50% je saya ready nak teran.. sambil tu minta suami tlg tengokkan supaya punggung tak terangkat masa meneran.. sempat lagi fikir tak nak koyak byk.

Proses meneran beberapa kali juga. Sampai la saya hampir rasa nak give up, tenaga macam dah tak ada. Tp dr cakap, dah nampak rambut baby. Huaaaaa saya tetiba naik semangat balik nak ready teran. Ada lebih kurang 2 nurse, 1 bidan n Dr Ju masa dalam proses ni. Semua bg kata semangat.

1.49pm
Dengan kuasa Allah, Lahirlah bayi lelaki seberat 3.3kg. Dr suruh hubby gunting tali pusat. Saya dan hubby menangis terharu. Saat nurse letak baby atas dada saya, sempat kucup dahi baby, rasa macam tak percaya Saya dah melahirkan bayi kami. Sambil tu chepah bidan asyik puji saya pandai teran, bersalin mudah tak perlu gunting even bersalin anak pertama dan tak keluar word mengarut time sakit. Menurut beliau mmg nampak mudah, tapi bg saya.. saya dah hampir give up dah.. 6jam saya di labor room. Tempoh meneran hanya 20minit. Allahu syukur alhamdulillah Allah mudahkan. Mmg Allah bg kesakitan sekadar yg mampu tertanggung. kalau ditakdirkan saya sakit lagi lama sampai berbelas jam, mungkin saya tak mampu.

Hubby request bilik suite di hospital Salam. Dgn dua extra bed utk hubby dan ma. Saya menginap di hospital semalaman dan keesokkan harinya dah boleh discharge. Alhamdulillah saya dan baby sihat walafiat.

Syukur atas anugerah ini. Suami yg sgt penyayang dan bayi yg sihat.

1 APRIL 2017 'Izz Amshari

Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012