Pengalaman Berpantang

Pengalaman berpantang

Hari ni hari ke 50.
Yes. Berpantang selepas bersalin. Post kali ni nak share rutin harian semasa berpantang.

Okay, hari ke 2 bersalin saya discharged dari hospital. So hari ke3 baru start mengurut. Saya booking bidan melalui website yayasan pembangunan keluarga Terengganu. Ha, dorang ada beberapa list tukang urut. Kira pegi sane just booking package apa yg kita nak n daerah mane. Jadi dorang randomly tlg pilihkan tukang urut utk kita. 

So nice, saya dapat tukang urut yg bagus bernama Kak Yah, umur 59. 3 hari pertama mengurut + bertungku (rm350). 3 hari seterusnya bertungku sahaja (Rm200). Total 6 hari. 

Kak yah ada tinggal batu sungai, nanti hari penutup pantang iaitu hari ke5 dia akan ambil balik tungku tu. kira pinjam utk bertungku sendiri sepanjang berpantang ni. My mama ada dtg tlg tungkukan n jagakan semasa 10 hari pertama berpantang.

MAKANAN
Sepanjang berpantang just mkanan ni je yg saya makan tiap2 hari. So mmg elak ikan berbisa, sayur menjalar sejuk dan buah terlarang.
  1. Nasi putih
  2. Ikan bakar ( ikan selar, ikan bawal putih)
  3. Sayur lobak putih (perbanyakkan susu)

Utk breakfast jam 9am dan dinner 9pm saya pilih untuk minum milo panas + biskut Jacob's je.

Lunch pulak nasi ikan sayur jam 12tgh hari dan 6.30pm.  Nasi 1 senduk je. Tak tambah. Nasi tu dhiasi hirisan halia dan kunyit hidup.

Dah after 20 hari saya cuba makan ayam bakar dan daging bakar. Gilir2 dgn ikan. 

MANDIAN HERBA
Masa 3 hari pertama, saya tak mandi. Just lap2 badan tuala n basuh muka je. Lepas bidan dtg baru start mandi. Bidan tu bawakkan saya daun herba 7jenis utk mandi. Nama daun tu adalah:
  1. Daun serai wangi
  2. Daun Pandan
  3. Daun LengkuAs
  4. Daun Sendudut biru
  5. Daun jambu 
  6. Daun sepulih
  7. Daun mengkudu

Air herba tu saya mandi sampai hari ke 20.  Then, Setiap hari sampai ke hari 42 ni saya tak pernah mandi air sejuk, mmg pakai air suam lagi. Air herba ni for relaxing dan kesegaran. Bau wangi je..best!

STOKIN
Pakaian mmg pakai baju lengan panjang. Stokin pula wajib pakai. 40 hari saya mmg pakai stokin setiap masa. Dah lebih 40 hari saya just pakai time nak tidur je. Stokin ni utk elak angin masuk ke badan. 

BERBENGKUNG
Tujuan berbengkung adalah utk mengepiskan perut yang menggeleber, menyihatkan rahim. Saya pula sampai ke hari ni memang berbengkung, terutama sekali time hendak makan dan tidur. Huhu. Pakai bengkung zap tu je. Rasa kemas je.

UBAT
Saya ada makan ubat herba yg bidan bagi 4biji sehari. Utk penyembuhan dalaman. Juga saya makan kalsium (Proscal). 

PERGERAKAN.
Sepanjang berpantang, memang berjalan tak boleh laju2. Slow2 je, peha tak leh buka sangat. Tangga saya tak naik langsung. Cangkung pun tak. Even saya luka sikit je, tapi perasaan gerun tu ada jugak hihi. 

ZIKIR
Walau tak boleh solat dan mengaji, kita boleh zikir. Sambil menyusu saya zikir dan baca doa syifa' ( kesihatan/penyembuhan) then tiup di ubun kepala bayi. 

Dalam masa 10 hari berpantang saya hilang 11kg.. total kenaikan berat saya semasa pregnant adalah 13.5kg. Then lepas 20 hari , berat dah lambat sikit nak turun..hari ke 45 sy turun 14kg.. 

BERPANTANG 100Hari
Utk 100 hari berpantang, saya akan larang diri sendiri utk minum minuman berais, ikan berbisa dan sayur yg sejuk2.. tu je. Laksa penang, nangka, duku pun pantang juga.

Apapun, tujuan berpantang adalah untuk memulihkan semula kesihatan badan. Saya masa 20 hari, jalan pun still tak kuat lagi tapi after 40 dah rasa ringan je badan. Hari ke 50 saya dah start masuk dapur semula utk memasak.. hihi.

Utk para wanita, berpantanglah elok elok. 40 hari je tahan. Lepas tu, makan lah nak makan apa pun. Buat lah nak buat aktiviti apa pun. Jgn fikir sgt masalah atau kerja yg xselesai tp rehat je.. kalau stress, penghasilan susu pun kurang. Jgn bg badan penat. Nanti bentan dan meroyan. Ingat, kalau tak berpantang elok elok, nanti umur tak sampai 40 dah sakit situ sini. Kita nak sihat sampai tua kan. Badan sihat, boleh berkhidmat utk rumah tangga dan beribadah pun senang.


Ok, tu saje nak share. Para ibu ibu yg lain pun boleh share pngalaman berpantang masing2 ye ☺️👌🏻

Comments

Popular posts from this blog

Tudung Bulat, Akel, Bawal or Ariani ? Selendang Maybe ?

COMMITTEE MEMBERS LIST FOR TAARUF PROGRAMME 2011/2012

Pengalaman bersalin anak pertama (38 Weeks)