Posts

Showing posts from December, 2017

Isu susu ibu dan susu formula

Pertama sekali, para ibu yang berjaya breasfeed anak sampai umur 2tahun tu Alhamdulillah. Dalam Islam pun ada menggalakkan supaya bayi diberi minum susu ibu sehingga 2tahun. Dalam kajian sains pun, khasiat susu ibu ni tidak boleh dipertikaikan lagi. Saya sendiri pun percaya dan alami kebaikan susu ibu terhadap bayi.
Jika kita antara orang yg menyokong amalan breastfeed ni, saya rasa tak perlu kita mengecam para ibu yang berikan susu formula kepada bayi mereka. Saya yakin, tak ada seorang pun ibu yang tak mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka kan? Kita tak tahu betapa struggle nya para ibu cuba berikan susu exclusive untuk bayi mereka tapi tak ada rezeki? Kita tak tahu kuat nya ibu2 ni sanggup menahan sakit nipple yang merekah?
Jadi, hati-hati lah untuk berkata-kata, jangan sampai menyakiti hati para ibu yang lain. 
Bagi saya pula, setakat ni menyusu badan sepenuhnya. In future tak tahu lah. Orang kata, lain anak, lain kuantiti susu. Cuma saya kurang suka orang yang suka mengecam orang…